E – FOLIO
HIBURAN MELAMPAU DIKENALPASTI SEBAGAI
PUNCA KERUTUHAN AKHLAK REMAJA
NAMA
PENSYARAH: WAN RUSWANI BINTI WAN ABDULLAH
BIL.
|
NAMA PELAJAR
|
NO. MATRIK
|
1.
|
SITI ZULAIHA BINTI ABDUL WAHID
|
02DTM14F1090
|
2.
|
WAN NURUL AIN BINTI MOHD HALIM
|
02DTM14F1059
|
3.
|
NUR ZIARA EMYLLIA BINTI ZAIDAN
|
02DTM14F1083
|
4.
|
NURUL ALIYAA AISYAH BINTI MUSTAFA
|
02DTM14F1130
|
5.
|
NUR ANIS ARISHA ARIF
|
02DTM14F1144
|
ISI KANDUNGAN
BIL.
|
PERKARA
|
1
|
MUKA DEPAN
|
2
|
PENGHARGAAN
|
3
|
PENGENALAN
i) DEFINISI
|
4
|
ISI KANDUNGAN
i)PUNCA-PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK
PELAJAR
ii) CARA-CARA
MENGATASI KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA
|
5
|
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN HIBURAN
MELAMPAU
|
6
|
GARIS PANDUAN HIBURAN YANG
DITETAPKAN DALAM ISLAM
|
7
|
KESIMPULAN
|
8
|
PENUTUP
|
9
|
CONTOH-CONTOH HIBURAN MELAMPAU
|
10
|
LAMPIRAN
|
11
|
RUJUKAN
|
PENGHARGAAN
Assalamualaikum
w.b.t
Bersyukur kehadrat
Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga menyiapkan e-folio kami yang
telah diusahakan selama ini bertajuk Hiburan Melampau. Folio yang ini amat
penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada assignment
subjek kami.
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada
Pensyarah subjek Komunikasi dan Penyiaran Islam kami iaitu Ustazah Wan Ruswani
Binti Wan Abdullah kerana telah membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami
dalam menyiapkan e-folio ini.
Seterusnya, terima kasih juga kepada ibubapa
kami kerana banyak membantu kami secara langsung dan tidak langsung dari
memberi sokongan, dorongan dan kewangan sepanjang folio ini disiapkan.
Tidak juga lupa kepada rakan-rakan
seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan tugasan
masing-masing. Bantuan dari segi infomasi terkini mengenai tajuk folio kami.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak
yang telah membantu kami secara langsung dan tidak langsung sepanjang e-folio
ini dijalankan.
PENGENALAN
Hiburan??? Menurut
kamus dewan edisi ke-3, hiburan bermaksud sesuatu perbuatan, benda dan
lain-lain untuk menghiburkan iaitu menyenangkan, mententeramkan hati dan tempat
menghiburkan hati. Hiburan kebiasaannya dan selalu dikaitkan dengan remaja atau
belia. Namun, persoalannya di sini adakah hiburan dapat memberi kesan positif
atau negatif kepada masyarakat secara amnya dan golongan belia khususnya
berikutan dengan kemajuan teknologi negara masa kini.
Pada era globalisasi ini, tidak dapat
dinafikan lagi bahawa sumber hiburan amat mudah diperolehi dengan hanya
menggunakan hujung jari sahaja dengan menggunakan teknologi yang ada sekarang
seperti komputer, telefon bimbit dan lain-lain. Hiburan meliputi skop yang
sangat luas untuk dikategorikannya. Antaranya ialah hiburan melalui muzik,
filem, tarian, ‘games’ dan lain-lain. Belia kini lebih menjurus atau berminat
menggunakan masa yang terluang dengan menggunakan hiburan apabila memerlukan
ketenangan. Tidak dapat disangkal lagi, tanpa sesuatu yang boleh menjadi
penghibur, hidup dirasakan kosong, lesu dan penuh dengan kebosanan. Malah
hiburan di katakan amat sinonim dengan golongan belia atau remaja yang lebih
mementingkan gaya hidup yang ‘up to date’ dan proaktif seiring dengan teknologi
untuk mendapatkan sumber hiburan.
Selalunya apabila disebut tentang hiburan
pasti akan tergambar di fikiran hanya tentang muzik dan filem. Muzik (jazz,
pop, rock, blues, rapp, dangdut, poprock dan agogo) dan filem juga merupakan
salah satu hiburan yang utama iaitu mampu memberi impak yang ‘pro’ dan ‘kontra’
kepada belia atau remaja berdasarkan cara penerimaan dan penggunaan hiburan
tersebut. Misalnya, jika dilihat dari aspek positif, ada di antara pelajar
sendiri yang telah menjadikan muzik sebagai semangat untuk mereka mengulangkaji
pelajaran. Cuba kita tinjau dari aspek sejarah, manusia didapati lebih
berpotensi untuk mencapai apa yang diingini jika seseorang melakukan perkara
tersebut di dalam keadaan gembira dan tenang. Secara tidak langsung, muzik dan
filem sama ada di televisyen atau di pawagam layak digambarkan sebagai sumber
inspirasi kepada masyarakat terutamanya belia.
Pada asalnya, teknologi terkini yang
menampung evolusi hiburan yang meluasnya terutama dari filem dan muzik secara
khususnya adalah bertujuan untuk memberi faedah kepada masyarakat iaitu sebagai
penghibur dan menambahkan suasana ceria. Tetapi pada masa kini, golongan belia
telah menjadikan tujuannya amat menyimpang dan membawa kepada kesan yang
negatif akibat daripada perkembangan teknologi yang sangat pesat. Seperti yang
kita sedia maklum golongan belia ini mudah untuk terdorong melakukan atau
mencuba sesuatu yang baru. Kemunculan teknologi yang canggih seperti satelit,
televisyen, wayang gambar, ‘video player’ dan sebagainya telah memudahkan lagi
para belia mendapatkan hiburan yang boleh menjurus kepada perkara-perkara
negatif berbanding positif.
i)DEFINISI
Hiburan merupakan
persembahan atau kegiatan yang direka bentuk untuk memberi nikmat kepada
penonton, contohnya untuk permainan computer, “penonton” mungkin hanya seorang
sahaja. Para penonton boleh menyertai hiburan secara pasif, umpamanya menonton
opera atau secara aktif seperti dalam permainan computer. Industry yang
membekalkan hiburan digelarkan industry hiburan.
Pada umumnya, bermain
dan membaca serta penghargaan seni tidak dianggap sebagai hiburan tetapi
tergolong dalam rekreasi kerana hiburan biasanya memerlukan pembekal
persembahan dilihat oleh penonton, kecuali dalam permainan computer.
Pada dasarnya, Islam
mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah
kehidupan manusia. Hal ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang
diriwayatkan daripada Aisyah r.a. yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada
orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar
pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah
penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan?
Sedangkan pada hari ini adalah hari raya aidilfitri. Rasulullah bersabda, wahai
Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya akan adalah hari raya
kita.”
(Ibnu Majah)
Berdasarkan hadis
tersebut, jelaslah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati
diharuskan oleh Islam. Hal ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi
bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan
telinga ialah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan
syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh merangsang
kepada perbuatan dosa.
PUNCA-PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA
Pada zaman yang serba canggih ini,
pelbagai teknologi telah dibangunkan untuk kegunaan orang ramai namun
penggunaan yang begitu canggih ini tanpa sempadan telah juga memberikan impak
yang negatif kepada masyarakat terutamanya golongan remaja masa kini. Pada
remaja kini terlalu mengikut pengaruh dunia barat yang dianggap “up-to-date”
dan berasa malu sekiranya tidak mengikutnya.
Terdapat banyak punca yang menyumbang
kepada runtuhnya akhlak remaja. Antaranya ialah pengaruh rakan sebaya. Menurut
kajian, ketika usia remaja, seseorang itu lebih rapat dengan rakan sebaya
berbanding keluarga. Oleh itu, rakan sebaya sangat mudah mempengaruhi seseorang
remaja itu sama ada ke jalan yang benar atau ke jalan yang songsang. Para
remaja ini akan saling cabar-mencabar dengan rakan sebaya untuk melakukan
sesuatu, walaupun mereka tahu perkara itu salah. Oleh kerana “darah muda”
remaja yang pantang dicabar akan melakukan perkara itu untuk membuktikan
kehebatan mereka, walaupun mereka tahu perkara ity berbahaya dan sia-sia. Bak
kata pepatah “menang jadi arang, kalah jadi abu’.
Selain itu, kesibukan ibu bapa juga
turut menyumbang kepada berlakunya gejala ini. Lumrah ibu bapa ialah mendidik
dan mengasuh anak-anak supaya menjadi orang yang berguna, tetapi, kesibukan
mereka menghalang mereka untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap
anak-anak. Oleh itu, anak-anak akan terumbang ambing dalam dunia mereka dan
seterusnya akan sesat dan memilih jalan yang songsang. Kesibukan ibu bapa juga
menghalang mereka untuk mengambil tahu aktiviti anak-anak dan seterusnya
membiarkan anak-anak bebas melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan termasuklah
melakukan aktiviti yang salah. Ibu bapa ini hanya akan tersedar ketika anak
mereka sudah teruk. Bak kata pepatah “sudah terhantuk, baru tergadah”.
Antara punca lain ialah pengaruh media
massa. Pada zaman yang serba moden ini, media massa merupakan satu keperluan
dalam kehidupan seharian. Media massa ini banyak memberikan kebaikan, tetapi
juga boleh mempengaruhi sesorang terutamanya golongan remaja ke arah yang
negatif secara diam. Cerita-cerita yang berunsurkan keganasan malah seks banyak
ditayangkan oleh media massa. Certa-cerita sebegini dapat mempengaruhi dan
merangsang remaja untuk meniru aksi-aksi negatif itu, dan hasilnya keruntuhan
akhlak remaja semakin menjadi-jadi.
Di samping itu, sifat semulajadi remaja
juga senantiasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Walaupun pada awalnya niat
mereka hanyalah untuk mencuba, tetapi lama-kelamaannya mereka akan ketagih dan
terus terjebak ke dalam aktiviti haram itu. Remaja yang ketagih akan melakukan
apa sahaja termasuk melakukan jenayah untuk melakukan aktiviti haram itu dan
seterusnya menyebabkan akhlak mereka bertambah rosak.
Akhir sekali ialah didikan agama dan
nilai-nilai murni tidak diterapkan dalam diri kalangan remaja pada masa kini.
Hal ini disebabkan ibu bapa terlalu sibuk mengejar kemewahan duniawi dan
kedudukan sehinggaka mereka alpa terhadap perihal anak-anak mereka. Oleh itu,
anak-anak mereka tidak mendapat didikan agama yang secukup ole ibu bapa mereka.
Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat membezakan perkara baik dan buruk terhadap perbuatan yang
mereka lakukan. Oleh itu, mereka melakukan sesuatu perkara negatif itu tanpa
berfikir panjang.
Kesimpulannya, ibubapa perlu memantau
keadaan anak-anak mereka supaya tidak mudah terjebak ke dalam aktiviti-aktiviti
yang tidak berfaedah. Selain itu, pelbagai pihak juga perlu berganding bahu untuk
memikirkan penyelesaiaan masalah yang dihadapi untuk mengelakkan perkara ini
daripada berterusan. Sesunggunya, anak-anak merupakan aset yang bernilai kepada
negara dang bangsa kerana mereka inilah akan memimpin negara pada suatu hari
nanti.
CARA-CARA MENGATASI MASALAH KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA
Strategi mengatasi masalah seharusnya
ditumpukan pada golongan remaja ini. Beberapa saranan atau cara-cara mengatasi
keruntuhan kahlak remaja di antaranya ialah seperti berikut:
Peranan ibu bapa adalah amat penting
dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa
hendaklah sentiasa memerhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak
mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh anak-anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi
masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka
yang mempunyai kedudukan moral yang baik. Selain itu, ibu bapa hendaklah
menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak dengan
memberika keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah,
emosi dan keputusan. Selain itu, tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap
agama, tanamkan nilai-nilai murni,
motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntibiliti, menepati
janji, berketerampilan, menunjukan peribadi yang mulia, amanah, sanggup
menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak . ibu bapa hendaklah
menjadi role model kepada anak-anak.
Pendidikan keibubapaan perlu
diperkembangkan dengan cara yang lebih berkesan sehingga keupayaan pendidikan
anak-anak dalam institusi keluarga dapat diperkemaskan. Amalan keibubapaan
Islam hendaklah dipraktikkan melalui bimbingan langsung dari masjid. Remaja
yang bermasalah di qariah boleh dijadikan sasaran yang terawal untuk membina
modal nyata untuk dikembangkan dalam masyarakat.
Selain itu, mengadakan aktiviti yang
dapat membentuk akhlak remaja seperti aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya.
Melalui aktiviti sebegini, para remaja dapat memantapkan akhlak mereka di
samping dapat melakukan sesuatu yang berfaedah dan tidak membunag masa. Bak
kata pepatah “sambil menyelam, minum air”.
Seterusnya, mewujudkan system
perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah telah
menimbulkan rasa takut dikalangan pelajarr sekolah, disamping mengurangkan
bebanan dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawalan
disiplin. Meningkatkan semula pengawalan disiplin dari peringkat awalan oleh
semua pihak dalam sekolah seperti yang dahulunya pernah ditegaskan dalam system
pembentukkan disiplin pelajar. Kawalan diperingkat awal mesti dilaksanakan.
Semua pihak hendaklah ‘turun padang’ dengan ertikata sebenar untuk mengatasi
masalah disiplin remaja pada masa kini.
Di samping itu juga, pihak kerajaan
seperti Kementerian Penerangan hendaklah memainkan peranan dengan memastikan
sertiap rancangan yang disiarkan sesuai untuk tontonan umum dan tiada
unsur-unsur keganasan atau seks. Selain itu, rancangan-rancangan yang dapat
membentuk jati diri dan kerohanian juga hendaklah diperbanyakkan untuk
membentuk jati diri dan membaiki akhlak remaja.
Akhir sekali, penguatkuasaan
undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis, yang mana bidang kuasa polis
yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam
mendisiplinkan pelajar yang bermasalah. Dimana kes pelajar tersebut akan
dirujuk kepada pihak polis sebagai penyelesaian yang terakhir.
KEBAIKAN DAN KEBURUKKAN HIBURAN TERLAMPAU
Kebaikan
- Menjadikan muzik sebagai semangat untuk mereka mengulangkaji pelajaran.
- Muzik dan filem sama ada di televisyen atau di pawagam layak digambarkan sebagai sumber inspirasi kepada masyarakat terutamanya belia
- Menjadikan hiburan seperti muzik, mainan dan seumpamanya sebagai satu cara untuk menghilangkan tekanan atau menenangkan jiwa
- Hiburan dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.
Keburukan
- Hiburan melampau boleh menyebabkan kita lalai dan leka
- Hiburan boleh menyebabkan sebagai seorang muslim melambat-lambatkan waktu sola
- Hiburan juga menyebabkan kita terpesong dari landasan agama
- Hiburan boleh menyebabkan kita terikut-ikut dengan budaya kuning
GARIS PANDUAN HIBURAN YANG DITETAPKAN DALAM ISLAM
Program
hiburan
- Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.
- Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai.
- Mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitivity masyarakat dan ajaran Islam.
- Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat.
- Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan.
- Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Persembahan
muzik
- Tidak menimbulkan gerak-geri liar.
- Tidak mendorang kepada perbuatan maksiat
- Tidak melalaikan.
Lirik
- Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan.
- Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak dan memberikan perangsang melakukan dosa.
- Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi
- Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggarkan adab kesopanan dalam Islam.
- Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam.
- Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitnah dan seumpamanya
- Tidak boleh dijadikan teks Al-Quran sebagai lirik.
Persembahan
artis
- Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan.
- Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam
- Tidak melakukan gerak-geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasaan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam.
- Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam.
Persembahan tarian
- Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
- Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah
- Tidak boleh percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah
- Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan
- Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikn
KESIMPULAN
Pada era globalisasi ini, remaja kita
tidak lagi mementingkan perihal tentang menghormati ibubapa, guru, dan golongan
yang lebih tua daripada mereka, tentang belajar, bekerja dan lain-lain lagi.
Mereka hanya mementingkan keseronokan daripada semua itu, mereka merasakan diri
mereka seperti kurang bermakna jika tiada keseronokan dalam hidup dan memilih
hiburan terlampau.
Biasanya, remaja adalah mereka yang
berada dalam lingkungan umur belasan tahun. Secara amnya, golongan remaja yang
berumur antara 11 tahun hingga 19 tahun. Jika kita perasan, dalam linkungan
inilah ramai remaja menghadapi pelbagai masalah sosial. Remaja kini bukanlah
golongan yang pandai berdikari seperti remaja zaman dahulu, malahan mereka
seperti bayi yang dijaga seperti menatang minyak yang penuh.
Kini negara kita mengalami pelbagai masalah
yang melibatkan golongan remaja, bahkan isu ini sudah menjadi perkara biasa
bagi masyarakat negara kita. Mereka sering berpendapat bahawa masalah atau
gejala sosial dalam kalangan remaj adalah perkara normal bagi umur mereka yang
sedang meningkat naik. Rata-rata kita dapat melihat gejala sosial yang berlaku
diseluruh negara adalah dalam kalangan anak muda remaja.
Kesimpulanya, ibupaba perlu memainkan peranan yang tinggi dalam mendidik
anak-anak mereka supaya menjadi generasi yang berguna suatu hari nanti iatu
dengan cara ibubapa perlu memantau keadaan anak-anak mereka supaya tidak mudah
terjebak ke dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Selain itu, pelbagai
pihak juga perlu berganding bahu untuk memikirkan penyelesaiaan masalah yang
dihadapi untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan.
Oleh
itu, remaja hendaklah diberi perhatian penuh dan di beri pimpinan agar mereka
tidak sesat ke arah yang songsang supaya masa depan mereka sentiasa
cerah.Sesunggunya, anak-anak merupakan aset yang bernilai kepada negara dan
bangsa kerana para remaja merupakan peneraju masa depan sesebuah negara dan mereka
inilah yang akan memimpin negara pada suatu hari nanti.
PENUTUP
Hiburan adalah perbuatan, aktiviti dan
sebagainya bertujuan untuk menghiburkan, menyenangkan, mententeramkan hati dan
diri, itulah pentakrifan secara umum tentang hiburan. Sekiranya kita melihat
kepada negara kita Malaysia khursusnya, hiburan telah berkembang luas dan telah
mengambil tempat yang cukup luas dalam cabang sosial. Kita juga dapat melihat
perkembangan dalam media massa tidak kira media cetak dan media elektronik.
Perkara inilah yang mendatangkan kebimbangan dalam kalangan umat islam di
Malaysia.
Tidak dinafikan terdapat perbincangan yang
cukup panjang lebar dikalangan para ilmuan Islam mengenai apakah hiburan itu
bolehkan ataupun tidak, bukan tujuan artikel ini untuk membincangkan mahupun
membahaskan perbincangan tersebut, tetapi kesimpulan yang dapat dibuat terdapat
sebilangan para ilmuan mengambil tindakkan yang berhati-hati dengan tidak
mengharuskan apa hiburan berserta berhujah dan dalil yang tersendiri.
Tetapi perkara yang dijadikan fokus adalah
berkenaan hiburan yang terlampau, hiburan seperti disepakati akan keharamannya
dan larangan untuk umat islam menyertainya. Kerana perbuatan ini tidak
mendatangkan manfaat, bahkan sia-sia dan membawa keburukan, bukan islam
menggalakan umatnya menjauh diri daripada perkara sia-sia dan perkara yang mendatangkan
kecelakaan. Sekirannya diamati hiburan terlampau datangnya dari pengaruh
golongan kafir dan yang yang jauh dari tuhan dan mencari jalan untuk
mengembirakan diri dengan hiburan, juga ianya sebagai agenda untuk merosakkan
akidah umat islam dan apa yang lebih membimbangkan adalah merosakkan akidah
umat islam. Melihat dari kajian pelbagai pihak bahawa hiburan seperti ini
secara terang-terangan membawa keruntuhan akhlak umat islam, juga mendorong
kepada masalah sosial. Dapat kita buktikan dengan isu-isu yang berlaku
baru-baru ini seperti kes pembuangan bayi yang sudah tentu berpunca dari
perbuatan zina, kes yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah, minum arak dan
sebagainya. Semua ini berpunca dari hiburan yang tidak terkawal walaupun
sebahian orang melihatnya kecil contoh menonton rancangan realiti di kaca tv,
ramai dikalangan masyarakat beranggapan ia sebagai perkara biasa, tetapi
malangnya mereka tidak mengetai aplikasinya terhadapmoral dan akhlak. Antara
keburukkan lain adalah unsur-unsur khurafat dan syirik dalam sesetengah
hiburan, juga campur gaul antara lelaki dan perempuan, pendedahan aurat dan
sebagainya.
Secara
ringkasnya, banyak keburukkan dan impikasi yang negetif melalui hiburan
melampau, termasuklah merosakkan agama, bangsa dan budaya melayu itu sendiri,
bagi remaja yang asyik dalam alam hiburan impilikasi yang amat membimbang agama
dan negara pada masa yang akan datang.
Mengapa kita sebagai umat islam mencari
hiburan, sedangkan apa yang ada yang ada di sisi Allah s.w.t lebih baik
CONTOH-CONTOH HIBURAN MELAMPAU
RUJUKAN
Marzuki
Sepiaail, Rina Fakhizan Mohd Sukri, Dr Alias Mat Saad (2016), Komunikasi dan
Penyiaran Dalam Islam, Oxford Fajar Sdn.Bhd, Shah Alam, Selangor